Friday, 20 October 2017

7 Permainan terbaik untuk anak berumur 3 tahun

Anak berumur 3 tahun sudah menjadi seorang kanak-kanak yang lebih kompleks dari segi fikiran, minda dan kawalan yang lebih baik terhadap tubuh badannya. Anak ini juga boleh beri perhatian yang lebih lama jadi boleh beri perhatian kepada permainan, seni serta kraf dan banyak lagi.-Lambeth Hochwald


Pernah kita terfikir nak masuk dalam kepala anak kita, nak tahu apa yang dia sedang fikir dan mahu? Ini sebab karenah dan telatah anak-anak umur 3 tahun ni, kadang-kadang sangat comel dan kadang-kadang boleh memeningkan kepala, kan?
Gaya anak-anak umur 3 tahun ni berfikir lain dengan kita. Kalau dikira minda logik orang dewasa, boleh bawa bergaduh dengan anak-anak sendiri, lucu! Kadang-kadang permainan yang kita beli tak sesuai dengan peringkat umur anak-anak. Sebab itu anak-anak tunjuk tak berminat.
Jom kita pelajari Kenapa 7 Permainan Ini Terbaik Untuk Anak Umur 3 Tahun + Apa Kata Pakar Mengenai 7 Mengenai Permainan Ini.

1) RUMAH OLOK-OLOK

‘Kawasan Larangan’, ibu bapa tak dibenarkan masuk. Ya, kanak-kanak umur 3 tahun punya kawasan atau tempat bermain sendiri.
Buat tembok berbentuk kota kecil daripada bantal sudah memadai untuk menghasilkan ‘kawasan larangan’. Pasti mereka suka.
Kita kecil-kecil dulu pun suka buat tembok guna kushion sofa, kan?

2) RUMAH BONEKA

Dah kemas rumah tapi sekejap je semak balik..Dah suruh JANGAN buat semak tapi tak diendahkan. Manalah anak umur 3 tahun akan faham kehendak dan arahan kita, kan?
Ibu-ibu boleh buat seribu jenis peraturan dalam rumah TAPI anak-anak umur 3 tahun ada peraturan sendiri juga, tau.

Nak buat macam mana? Jawapannya rumah boneka. Biarkan mereka urus rumah mereka dengan cara sendiri.

3)  PLAY-DOH

Ini memang kesukaan anak-anak. Anak-anak suka Play-Doh atau seumpamanya kerana sifatnya yang lembut, boleh diramas dan boleh dibentuk sesuka hati tanpa had.

“Play-Doh mempunyai begitu banyak kegunaan terutama jika dilengkapkan dengan peralatan pelbagai bentuk.”-R.Keith Sawyer, Phd, seorang professor psikologi yang mengkaji kreativiti kanak-kanak di Washington University, Missouri.
Beliau menambah, “Penggunaan Play-Doh meningkatkan skill motor dan imaginasi anak-anak.”

4) Bahan Bacaan
Bayangkan apa perasaan anak anda apabila menerima bungkusan pos atas nama mereka sendiri? Ditambah dalam bungkusan tersebut ada buku kesukaan mereka pula?
Ini satu pendekatan terbaik untuk mendekatkan mereka dengan bahan bacaan!

“Tiada istilah yang terlalu awal untuk anak-anak mula membaca.”-Rahil Briggs, psikologis kanak-kanak di Albert Einstein College of Medicine dan Children’s Hospital di Montefiore, New York City.

 5) Permainan Minda
Kanak-kanak pada peringkat umur ini sudah boleh duduk bermain lebih lama daripada sebelum ini. Jadi, apa kata perkenalkan dengan permainan yang boleh meningkatkan konsentrasi dan hafalan mereka.

“Pada peringkat umur ini, kanak-kanak lebih peka dan akan kerap bertanya persamaan dan perbezaan sesuatu BENDA. Malah, pada peringkat umur ini juga kanak-kanak sedang membangunkan skil menyelesaikan masalah!”-Adair
Beliau menambah lagi, “Inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan permainan seperti ini.”

 6) Set Perubatan
Baru buka pintuk bilik doktor anak terus menangis? Ini kerana kanak-kanak pada peringkat umur ini mereka lebih mudah faham dan juga MUDAH takut.
Set perubatan mainan akan menjadikan mereka faham dan mungkin menyelesaikan masalah antara kanak-kanak dengan doktor.

“Kanak-kanak yang bermain dengan peralatan doktor boleh membantu melegakan kebimbingan kanak-kanak apabila melakukan pemeriksaan doktor.”-Briggs.

7) Alatan Seni
Terbeliak mata ibu tengok dinding penuh dengan tampalan! Ya, kanak-kanak sangat suka tempat yang terbuka luas seperti dinding dan pilihan material seni untuk merealisasikan imaginasi mereka.

“Kanak-kanak pra-sekolah menggunakan seni sebagai cara ekspresi emosi.”-Sue Adair, seorang penyelia latihan dan pembangunan guru di Goddard Systems yang menekankan pembelajaran melalui permainan. “Kanak-kanak sangat suka pilih sendiri material seni.”
Briggs menambah, “Ibu bapa pada peringkat umur ini tidak mendedahkan anak-anak dengan penggunaan gunting secara selamat. Sebenarnya, inilah umur yang paling sesuai untuk anak-anak belajar seni dan kraf.”


Sumber: Parents Magazine

No comments:

Post a Comment

Qaseh Junior Edisi Omar Dan Hana

Assalammualaikum..Selamat Pagi.. Seperti Yang Dijanjikan..Packaging Baru Dah Siap Dengan Tambahan Ramuan Kalsium Marin Yang Sangat Diperl...